Thursday, 31 March 2011

Mak nak Tkal (Basikal)

Lokasi : Umah Atuk Kampar Perak
Nama : Intan Nor Akhilah Binti Mohd Amiryusni
Umur : 1 thn 6 bln

Mula-mula cuit2 dulu....
(Anak dara ni baru je lepas mandi..hehheehhehhe)


Lepas tu pegang-pegang...
Pusing handle kanan kiri...then...


Akhirnya nak tunggang basikal abang dia....hehhehe...
happy gileeeeeeeeeeer anak dara ni naik basikal....


Abah oohh Abah...
Nampak gayanya tahun ni dah tahu hadiah apa nak kasi kat Akhilah...
Nanti ibu belikan yer Sayang...

Wednesday, 30 March 2011

good bye to my geraham



good by my friend...hehehhe..disebabkan infection aku terpaksa say good bye kat gigi geraham aku...baby bye...bye...bye

tapi sebelum itu...29032011 adalah appointment aku utk cabut gigi...risau gak aku sebab gigi geraham .....biasanya susah nak cabut...tunggu punya tunggu...no giliran aku terpampang kat skrin menunggu...........dup dap dup dap...aku melangkah masuk bilik dr...dr perempuan...minta2lah xder masalah nnti...amin

dr :  'ok cik Intan Suhaila'
       'saya panggil suhaila sahaja boleh x'

aku:  'boleh je jawab aku'

dr:  'ok,suhaila buka mulut awak luas2...bayangkan awak nak makan burger...sedap kan ??? buka mulut luas2 yer...'

dalam hati klu makan burger sedap gak...
ni nak cabut gigi cuak aku...
tetiba nampak kelibat jarum...orghhh no...
sakit sungguh....
sambil pejam mata aku rela jer dr tu cucuk akunyer gusi...
kenalah 2 jarum ubat kebas

dah abis cucuk
aku disuruh tunggu di luar sebentar...
sementara nak kebas tu...
hampir 3 4 kali aku g toilet...
manakan tidak...aku ni x tahan bau darah...
confirm nak muntah....

tgk org keluar masuk bilik dr aku dah gelabah dah...
tp x segelabah mak cik kat depan aku...
hehhehe
ketawa dalam hati jer...
x baik btullah aku ni...
akhirnya saat dinantikan telah tiba
sekali lagi aku kena masuk bilik dr...

sebelum dicabut gigi gerahamku...

dr: 'Suhaila...saya cuba cabut dulu yer geraham awak...klu xboleh saya refer awak kat hosp. ampang yer'

aku lagi cuak waktu tu....berdegup kencang jantung aku time ni....
dengan bacaan Bismillah Dr. Mazirah bertungkus lumus mencabut gigi aku.... Mula2 aku masih cool lagi masih jer buka mata tgk Dr itu kerjakan gigi aku...Tapi bila jer dia start pulas2 geraham aku...aku dh tiada kekuatan nak tengok dh Dr. tu buat apa...aku pejamkan mata aku sekuat-kuatnya...Akhirnya Alhamdulillah.

dr: 'Suhaila...saya kasi MC kat awak 1 hari...awak balik rehat yer hari ni...Nanti nurse akan kasi kapas & ubat tahan sakit kat awak...'

aku: 'Dah sudah ke Dr.?'

dr:  'Dah...Tengoklah gigi geraham awak tu...hebatkan ciptaan Allah...'

aku: 'Thanks Dr.'

Dr:  'welcome..rehat tau hari ni...'

Dalam hati...Insyaallah....Semalam bleeding banyak la jugak...hari ni masih ada tp skit jer...Moga2 cepatlah aku sembuh....Mudah-mudahan gigi-gigiku yang lain sihat hendaknya...Amin







Thursday, 24 March 2011

Anakku Akhilah

Anakku Akhilah....
Disaat ini ibu  terkenang kembali saat2  sewaktu ibu mengandungkanmu sayang...
Bayangkan pelbagai dugaan ibu lalui bersama kamu di dalam kandungan ibu...

Ibu ingat lagi...
Sebelum ibu tahu, ibu mengandungmu...
Ibu demam teruk ...
Muntah janganlah dikata hampir sepanjang masa asyik nak muntah...
Sehinggakan ibu x boleh bangun...
Nasib baik abahmu ada disisi...

Pada masa yang sama...
Tok Wan & Mak Cik datang ke rumah kita dari Kedah...
Dan pada masa itu ...
Hampir seminggu ibu demam & batuk2...
Tapi yang peliknya...
Setiap kali ibu terhidu nasi yang baru ditanak...
Ibu akan muntah...
Langsung tiada selera nak lihat nasi atau memakannya...

Abah apa lagi...
Terus minta ibu check using pregnanct test...
Taraaa...2 line dipapar pada tester tu...
Alhamdulillah... Tapi ibu x nak gembira sangat...
Ibu takut klu pregnancy test tu salah....
Lalu Abah & Ibu double check kat Klinik Idzham...
Alhamdulillah anakku...
Engkau ada
didalam rahim ibu sudah 7 minggu pada masa itu...
Alhamdulillah sesangat...

Anakku Akhilah...
Dugaan sekali lagi datang sewaktu engkau berusia  4 bulan di dalam kandungan ibu...
Kali ini ibu kehilangan secebis jari kaki ibu...
akibat dek hentakkan kerusi yang abahmu duduk sayang...
Cebisan anak jari kaki Ibu tu x dapat diselamatkan lagi...
Jari kaki ibu terpaksa dijahit ...
Selamat tinggal ibu ucapkan tanpa kerelaan hati ibu...
Pada masa itu sayang...
Ibu x dapat kemana2...
Nak bangun & jalan memang susah...
Ibu terpaksa guna tongkat atau dipimpin oleh abahmu...
Ibu tahu Abahmu tidak sengaja...
Tetapi ibu amat sedih mengenangkan jari kaki ibu yang cacat itu...
Hampir 2 bulan sayang ibu terlantar dirumah...

Tapi Alhamdulillah semangat ibu datang kembali...
Dek semangat kamu yang sedang membesar di dalam kandungan ibu...
Ibu kembali bekerja... Ibu buang semua perasaan rendah diri ibu jauh2...
Akhirnya ibu berjaya  sayang...
Terima kasih sayang ....

Ketahuilah sayang...
Disaat engkau berusia 7 bulan di dalam kandungan ibu...
Ujian sekali lagi datang menguji ibu...
Di saat itu, Tok telah jatuh ...
tangan & kaki Tok patah sayang...
Tapi semua orang x nak bagitau Ibu...
Takut Ibu risau...
Tapi akhirnya sebuah rahsia terbongkar jua setelah ibu menelefon rumah Tok...
Ibu tahu Tok akan menjawab panggilan Ibu...
Tetapi Mak Long minta call anset Tok...
Ibu berdegil nak Tok jawab juga guna talian rumah...
Dan Akhirnya Mak Long dah tiada alasan lagi nak membohongi ibu...
Kebenaran yang teramat perit untuk ibu mendengarnya...
Ibu sebak sayang...
Tapi ibu mampu bertahan lagi...
Ibu call Tok..cakap dengan Tok...Tok kata x apa2 sikit ja...
Tapi hati ibu mengatakan tidak sayang...
Air mata ibu berderai juga akhirnya...
Setelah nampak kelibat Abah ...
Ibu menangis sepenuh hati di dalam pelukkan Abah...

Akhirnya sampailah waktu Ibu melahirkan kamu...
Ibu ingat lagi...
Ibu bangun bersahur bersama-sama Tok & Tok Wan...
Ibu bagitau pinggang ibu sakit sesangat...
Tak selesa nak duduk...Tapi Ibu kuat lagi waktu itu...
Ibu masih mampu untuk membersihkan pinggan mangkuk yang ada...
Mengemas apa yang mampu dikemas...
& tibalah saat pinggang Ibu terasa begitu menyucok sehinggakan ibu bermundar mandir di dalam bilik seorang diri...
Ketahuilah sayang masa ini abah masih di KL tetapi ibu sudah berada di Kedah...
Tidak tahu mengapa... ibu menyusun kelengkapan persalinan di satu sudut yang mudah diambil...
Ibu mandi, & bersiap sekadarnya...
Ibu ke bilik Tok...
Disaat itu hampir puluhan kali ibu keluar masuk toilet...
Tok Wan tanya kenapa???
Ibu jawab ja sakit perut...rasa macam nak buang air B****R tp x terbuang2...
Tok Wan kata tu tanda nak bersalin...
Tapi ibu menafikannya ...
padahal Ibu pun x pernah rasa sebelum ni sakitnya nak bersalin..huhuhuhu
Sebelum bertolak ke Klinik Mahsuri ibu call abah bgtau...
ibu dah rasa tanda2 nak bersalin...
Akhirnya ibu selamat melahirkan kamu tepat 1.11 minit pm pada 10/09/2009 bertemankan Tok disisi...
Alhamdulillah sayang...Lahirlah kamu kedunia ini dengan selamatnya....

Wednesday, 23 March 2011

gigi bongsuku baru tumbuh

Ya Allah Ya Tuhanku...Dugaan sungguh aku dalam beberapa hari ni...Sesungguhnya betapa sengsaranya aku dik pertumbuhan gigi bongsuku ini...Gusiku menjadi bengkak...Sukar bagiku untuk berbicara, tambahan pula melayan teletah anakku yang baru setahun jagung itu...Sukar betul untuk aku membuka mulut ini... hanya berdiam diri adalah penyelesaian yang terbaik buat sementara waktu.

Ya Allah sempurnakanlah senyumanku... Di saat ini aku terasa seperti sukar untuk memberikan senyuman ku kepada mereka semua...Kenapa?...Kenapa? Adakah kerana gigi bongsuku itu membuatkan aku mengalami kesukaran ini..

Gigi Bongsu
Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.


Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin. Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
  • (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
    - gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
  • (b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.

Friday, 18 March 2011

rindunyaaaa

rindunya dengan si kecil ku akhilah... rindu sesangat...mana tidaknya sudah beberapa hari tidak bersua muka, tidak bergurau senda...hanya yang dapat ku lakukan...berbicara melalui telefon sahaja...itu pun sekejab sangat rasanya...ketahuilah anakku...ibumu amat merindui dirimu...terasa kekosongan di hati ibu bila kau tiada disisi menemani ibu sepanjang hari...tapi tidak mengapa anakku...esok insyaallah ibu akan berjumpa denganmu...esok kita jumpa ya sayang di rumah atuk...muaaahhh3x, ibu sayang akhilah